Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Kerajaan Negeri Sembilan Komited Sediakan Rumah Mampu Milik kepada Rakyat

By 31 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorul Arizah Md Razani/Malini Md Yunos (Rembau)

REMBAU, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Bagi Sesi Pengundian Rumah Mampu Milik Type A Taman Seraya, Daerah Rembau yang diadakan semalam merupakan inisiatif manifestasi kerajaan negeri yang terus komited menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Negeri Sembilan terutama bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Pemohon yang bertuah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Arul Kumar Jambunatha, berkata sebanyak 10,841 unit rumah mampu milik telah dibina setakat ini di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan (DPNS) yang bertujuan untuk memenuhi keperluan penyediaan kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

“Saya mengucapkan tahniah kepada para pemohon rumah yang bertuah dalam cabutan undi pada hari ini (Selasa).

“Rumah ini ialah Rumah Mampu Milik Type A, Taman Seraya, Daerah Rembau, Negeri Sembilan dan berharga RM 80,000,” kata, di sini semalam.

Pemohon yang hadir semasa sesi undian.

Salah seorang pemenang cabutan undian, Mohamad Ariff, 38, ketika ditemui turut memanjatkan rasa kesyukuran kerana terpilih.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri yang komited mempermudahkan urusan rakyat bagi menyediakan kediaman impian khususnya rumah mampu milik sebegini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda