Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Perpaduan Terus Bela Nasib Rakyat

By 1 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Asrul Alias (Pekan)

PEKAN, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan Perpaduan akan sentiasa peka dan cakna serta memberi keutamaan untuk membela nasib rakyat.

Antara mangsa-mangsa banjir yang menerima bantuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini Mohd Sharim Md Zin, berkata kerajaan tetap akan menjaga kebajikan rakyat yang ditimpa musibah.

“Saya berharap agar semua penerima berterima kasih kepada kerajaan kerana nasib malang yang menimpa tidak dipandang sepi begitu sahaja,” katanya.

Mohd Shahrim juga berharap agar penerima bantuan mendahulukan pembelian barangan yang rosak akibat banjir awal tahun ini dan berjimat dalam berbelanja.

Saiful Zukri bersyukur serta berterima kasih kepada kerajaan.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan daripada kerajaan Malaysia berjumlah RM3,500 setiap seorang kepada 114 mangsa banjir di DUN Chini di Dewan Felda Chini 3, di sini semalam.

Seorang penerima Saiful Zukri Sulaiman, 42, berkata beliau sangat bersyukur dengan bantuan yang diterima.

“Alhamdulillah dengan bantuan ini dapatlah saya memulihkan kembali kerosakan rumah saya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda