
Laporan/foto: Yusof Abd Samad (Tangkak)
TANGKAK, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Kerjasama dan komitmen pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dilihat mampu membantu dan merungkai segala permasalahan masyarakat.

Pentadbir Tanah Daerah Tangkak menyampaikan ucapan aluan.
“Penglibatan jabatan dan agensi serta komitmen yang diberikan kepada masyarakat mampu memberikan kefahaman berkaitan prosedur tanah serta dapat memudahkan sesuatu perkara untuk diuruskan dengan lebih baik,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Khairin Niza Ismail, berkata demikian ketika merasmikan Program Karnival Tanah Daerah Tangkak 2024 di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang, di sini semalam.
Program yang diadakan adalah satu usaha jabatan mahupun agensi mendekati masyarakat dalam menyelesaikan masalah dan kesulitan yang dihadapi dari pelbagai aspek supaya dapat memberi bantuan secara langsung kepada masyarakat.

Masyarakat yang hadir semasa sesi taklimat.
Pentadbir Tanah Daerah Tangkak Mohd Nazid Jasiman, 51, berkata sebarang kemusykilan atau masalah yang dihadapi terutamanya mengenai tanah dan yang berkaitan boleh dirujuk ke kaunter yang telah disediakan.
“Moga dengan adanya karnival seperti ini kita mampu membantu menghuraikan kekusutan yang dihadapi oleh masyarakat berkaitan pindah milik geran, status tanah dan lain-lain lagi,” katanya.
-ZS-