
Laporan/foto: Norlia Mili (Kuching)
KUCHING, 1 Julai (Malaysiaaktif) – Kerjasama semua pihak adalah penting dalam memerangi dan mengawal penyebaran wabak rabies di Sarawak.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Zaiedi Suhaili sedang menyampaikan ucapan
Menurut Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Datuk Zaiedi Suhaili berkata, penglibatan ketua-ketua komuniti di sekitar Kuching Selatan dan Kuching Utara dalam program seperti ini amatlah penting. Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis penutup ‘Program TOT for Management of Rabies in Sarawak and Rabies Community Outreach Programme with Kuching South and Kuching Community Leaders’ di sini, semalam.
“Penglibatan ketua komuniti di dalam program seperti ini amatlah penting kerana mereka memainkan yang penting sebagai ‘Rabies Community Coordinator’,” kata Zaiedi Suhaili.
Tambahnya, Program ‘Rabies Community Outreach’ memberi peluang dengan lebih dekat dalam mendidik masyarakat mengenai rabies serta meningkatkan kesedaran mengenai rabies.
“Saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dalam memerangi wabak rabies dan kita bersama-sama berganding bahu memainkan peranan masing-masing demi kesejahteraan dan keselamatan komuniti kita,” ujarnya.
Sementara itu, salah seorang peserta program, Penghulu Kampung Masjid Jalan Datuk Ajibah Abol, Iskandar Landau 76 tahun, berkata, dia berasa amat gembira kerana diberi peluang untuk menambah pengetahuannya tentang rabies.

Penghulu Kampung Masjid Jalan Datuk Ajibah Ibol, Iskandar Landau
Tambah Iskandar beliau berharap program seperti ini dapat diadakan lagi supaya masyarakat lebih peka tentang bahayanya rabies kepada manusia.
Untuk rekod, penularan jangkitan rabies dalam kalangan manusia di Sarawak semenjak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah 79 kes dengan 72 kematian.
-AA-