Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Keunikan Perabot Kayu Palet Tarik Minat Pencinta Kayu

By 29 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Keunikan corak yang terdapat pada permukaan kayu palet menjadi tarikan utama dan pilihan pencinta kayu sebagai perabot dan hiasan dalam rumah.

Produk yang diperbuat dari kayu palet mempunyai ketahanan yang lebih tinggi berbanding perabot yang diperbuat dari habuk kayu.

Seorang tukang kayu Hassri Abdul Kadir, 57, berkata kayu palet yang mempunyai warna asli dan permukaannya yang bersih menjadikan kayu jenis itu sering menjadi pilihan.

“Tekstur permukaan kayu palet juga lebih menarik apabila perabot yang sudah siap disapu dengan kemasan cat yang akan menonjolkan lagi rupa urat kayu yang pelbagai bentuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bendahara, di sini semalam.

Hassri menambah, perabot diperbuat daripada kayu palet juga mempunyai ketahanan yang lebih tinggi berbanding perabot-perabot moden yang terdapat di pasaran sekarang.

Hassri mempelajari sendiri seni pertukangan menerusi laman sosial YouTube dan bertanyakan dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama.

“Perabot-perabot moden ini kebanyakannya diperbuat daripada habuk kayu dan mempunyai ketahanan yang kurang berbanding kayu palet yang menggunakan kayu daripada bahagian pokok yang keras,” katanya.

Hassri yang memulakan perniagaannya semenjak diberhentikan kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, berharap hasil produknya akan terus mendapat permintaan daripada orang ramai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda