Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Komuniti MADANI Adakan Bacaan Doa Selamat Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

By 20 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been

PASIR MAS, 20 Jul (Malaysiaaktif) – Bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, Pejabat Penerangan Daerah Pasir Mas bersama AJK Komuniti MADANI bagi Parlimen Rantau Panjang telah mengadakan bacaan doa selamat untuk yang Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Kedaulatan Sistem Raja di negara Malaysia merupakan tonggak utama dalam menaungi rakyat pelbagai bangsa hidup dalam keadaan harmoni dan sejahtera.

Pada waktu yang sama turut diadakan tayangan wayang pacak secara langsung istiadat pertabalan yang penuh gilang-gemilang itu.

Menurut ahli Konuniti MADANI Chetok Rosliza Mohd Salleh, 33, istiadat pertabalan lima tahun sekali itu sangat unik kerana perlantikan Yang di-Pertuan Agong diadakan secara bergilir-gilir melibatkan raja-raja di sembilan negeri Melayu.

Umi Farah Ahmad, 32, berkata sistem beraja di negara kita sememangnya menjadi tonggak utama sejak berzaman.

“Rakyatnya dapat hidup dengan penuh harmoni dengan pelbagai lapisan masyarakat,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda