
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI di negeri ini diseru menyahut inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang sepanjang tempoh sambutan Bulan Kebangsaan seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 pada 21 Julai yang lalu.

Penyerahan sijil pelantikan kepada pengerusi-pengerusi Komuniti MADANI Parlimen Kangar.
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis Mazli Hamdan, berkata sebagai ahli komuniti di bawah Kementerian Komunikasi dan juga di bawah Jabatan Penerangan, kerjasama padu amat diharapkan daripada semua Komuniti MADANI dalam menjayakan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.
“Kami menyeru agar Komuniti MADANI seluruh Perlis umumnya, dan khususnya Komuniti MADANI dalam Parlimen Kangar dapat menyahut seruan Perdana Menteri kita, agar sama-sama menyemarakkan Bulan Kebangsaan tahun ini dengan bersama-sama menjadikan rumah atau premis di sekitar kita dipasang Jalur Gemilang,” ujarnya ketika ucapan perasmian Program JIWA MADANI Peringkat Parlimen Kangar, di sini malam tadi.

Seramai 150 ahli komuniti hadir memeriahkan program.
Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Perlis Suriwan Kiat turut memberikan taklimat rasionalisasi subsidi diesel di program yang disertai 150 orang daripada 15 buah Komuniti MADANI di seluruh Parlimen Kangar itu.
-ZS-