Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Komuniti MADANI Penting dalam Membantu Menyampaikan Maklumat kepada Akar Umbi

By 28 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zulfadli Ab Hamid/Suhaimi Nik Wil

KUALA KRAI, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Komuniti MADANI memainkan peranan penting dalam membantu seluruh jentera kerajaan menyampaikan maklumat kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

Menurut Pengarah Penerangan Negeri Kelantan Muhd Nor Aswadi Md. Nor ketika perjumpaan khas bersama 12 Komuniti MADANI Parlimen Kuala Krai, di sini hari ini agenda utama Komuniti MADANI adalah untuk menjadi contoh menyatupadukan masyarakat sebelum menyampaikan sebarang maklumat dan dasar kerajaan kepada orang ramai.

Antara Ahli Jawatankuasa Komuniti Madani yang hadir.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Kuala Krai, Nik Aula Nik Soh, tujuan utama program ini dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat kepada ahli komuniti tentang Kempen Bulan Kemerdekaan Negara yang ke-67.

“Bersempena kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, kita mahu ahli Komuniti Madani menjadi contoh kepada masyarakat di tempat masing-masing untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing.

“Kita turut membuat penyerahan baju korporat kepada semua Ahli Jawatankuasa Komuniti MADANI seluruh Kuala Krai dan menikmati jamuan pulut durian beramai-ramai memandangkan ketika ini musim durian sedang rancak berbuah,” katanya.

Mohd Nor Aswadi ketika menyampaikan ucapan.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Sri Temiang, Mazlina Mat Nor, program sebegini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli Komuniti MADANI dengan pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

“Program sebegini wajar dilakukan dengan lebih kerap kerana dapat mengukuhkan lagi hubungan antara ahli komuniti dengan pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Negeri Kelantan selain dapat berkongsi pendapat dan masalah secara terus,” katanya.

Turut hadir dalam program ini adalah Penolong Pengarah Cawangan PKPM Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan, Hasim Mohamed dan Shokordey Mohamad Pengerusi NGO Kuala Krai Care.

Program yang berlangsung melibatkan 120 ahli jawatankuasa (AJK) Komuniti Madani Parlimen Kuala Krai.

-ZS-

Tinggalkan komen anda