Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Komuniti MADANI Sri Tanjung Anjur Tayangan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17

By 22 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 telah berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu di Istana Negara melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara Malaysia.

Bagi menyahut aspirasi Kementerian Komunikasi, Komuniti MADANI Sri Tanjung dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sri Tanjong dan Pejabat Penerangan Daerah Tawau telah menganjurkan aktiviti wayang pacak bagi menyaksikan istiadat penuh gilang-gemilang ini secara langsung bersama-sama komuniti.

Gambar kenangan bersama Komuniti Madani yang menjayakan wayang pacak tersebut.

Menurut Pegawai Pembangunan Masyarakat Sri Tanjong Fung Len Fui, istiadat ini pastinya dinantikan oleh rakyat Malaysia, selain menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa, sekali gus mempamerkan keunikan dan keutuhan warisan sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

“Saya bersyukur dapat menghadirkan diri untuk momen bersejarah ini melalui layar pacak yang disediakan oleh Pejabat Penerangan Tawau semasa menyaksikan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang berlangsung di Istana Negara.

“Sedikit sebanyak kita sesama komuniti berpeluang menambahkan ilmu pengetahuan mengenai Sistem Raja Berpelembagaan, diharapkan semoga perpaduan sesama komuniti ini akan sentiasa terjalin sesuai dengan konteks dalam kerajaan pada hari ini,” katanya ketika ditemui pada program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI di Pejabat UPPM Sri Tanjong, di sini pada Sabtu.

Edaran bahan penerbitan turut diadakan pada program tersebut.

Terdahulu, Pejabat Penerangan Daerah Tawau melaksanakan Info On Wheels (IOW) dengan mengedarkan bahan-bahan penerbitan kepada komuniti yang hadir.

Turut hadir Pegawai Kemajuan Masyarakat Sri Tanjong Sayed Jainal Ali dan Pengerusi Komuniti Madani Sri Tanjung Fung Thin Ken.

-ZS-

Tinggalkan komen anda