
Laporan/foto: A.Prabagaran Assaithampi (Petaling)
SHAH ALAM, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) bertanggungjawab mewujudkan perdagangan dalam negeri yang sihat dan mampan.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kementeriannya juga perlu mengenali isu dan hak kepentingan pengguna dengan kos sara hidup.

Armizan Mohd Ali semasa menghadiri Sesi Town Hall sempena Karnival Rakyat di Kompleks Karangkraf.
Katanya, bagi melaksanakan ketiga-tiga perkara tersebut aspek ketangkasan penguatkuasaan amat penting.
“KPDN merupakan satu kementerian yang unik bukan hanya memfokuskan elemen ekonomi dan kepengunaan tetapi mempunyai elemen penguatkuasaan.
“Ketiga-tiga elemen ini digabungkan bagi mengukuhkan tanggungjawab KPDN yang sentiasa dekat dengan rakyat,” jelasnya.
Menurutnya, pemberian subsidi oleh kerajaan harus difahami dengan teliti semua lapisan masyarakat.

Antara tetamu dan pemimpin badan bukan kerajaan yang hadir ke sesi Town Hall bersama Menteri KPDN,
“KPDN memandang serius penyasaran diesel kerana ia merupakan bantuan kerajaan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.
Jelas Armizan, pelaksanaan pemberian subsidi ini perlu menjurus kepada objektif sedia ada dengan jaminan perlindungan dan bantuan sosial.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri Sesi ‘Town Hall’ Karnival Rakyat anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Kompleks Karangkraf, di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Karangkraf Firdauss Datuk Hussamudin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Azli Yusuf.
-ZS-