
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/JBPM Selangor
HULU KELANG, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak lapan gerai di Medan Selera Taman Lembah Keramat AU5 di sini, musnah terbakar dalam kejadian hari ini.

Kelihatan anggota bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian itu pada jam 5.49 pagi.
“Seramai 18 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang serta bantuan dari BBP Pandan dan Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus,” ujarnya.
Bagaimanapun menurut Ahmad Mukhlis, kejadian itu tidak melibatkan mangsa sementara punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
-AA-