Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lembu Sado Langkawi Taruhan Terbaik di Karnival Kebajikan Haiwan

By 18 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Lima ekor lembu sado pelbagai jenis akan mewakili daerah Langkawi dalam Pertandingan Lembu Sado yang akan diadakan di Taman Jubli Emas, Alor Setar sempena Karnival Kebajikan Haiwan pada 19 hingga 21 Julai ini.

Muhammad Shahmer akan membawa Puteh miliknya ke Pertandingan Lembu Sado di Karnival Kebajikan Haiwan di Taman Jubli Emas, Alor Setar.

Pegawai Daerah Langkawi Mohamad Subhi Abdullah, berkata kali ini Langkawi menghantar lima ekor lembu melibatkan tiga kategori iaitu kategori King, Prince dan Princess.

“Insya-Allah, kita doakan semoga penyertaan ini memberi pengalaman untuk peserta atau lembu di Langkawi kerana selalunya kita agak sukar keluar ke tanah besar bagi menyertai sebarang pertandingan kerana melibatkan kos.

“Sekurang-kurangnya kita dapat mencuri perhatian atau merebut apa-apa kejuaraan untuk kategori yang dipertandingkan di Alor Setar,” ujarnya.

Menurut Mohamad Subhi lagi kelima-lima ekor lembu ini membawa misi dan juga harapan daripada seluruh warga daerah Langkawi.

“Kita bukan sekadar mencuba nasib kalau boleh kita ada misi untuk mempertahankan gelaran kerana peserta daripada Langkawi juga hebat dan bukan calang-calang.

Pegawai Daerah Langkawi ditemu ramah pihak media.

“Jadi, insya-Allah kita akan memberi saingan yang sengit kepada peserta-perserta dari daerah-daerah lain dan negeri-negeri lain yang bertanding di sana nanti dan insyaAllah Langkawi boleh, Langkawi hebat,” ujarnya.

Sementara itu salah seorang peserta Muhammad Shahmer Shahrom, 22, dari Langkawi akan membawa lembu sado peliharaannya yang diberi nama Puteh ke pertandingan lembu sado di Karnival Kebajikan Haiwan di Alor Setar Kedah.

“Ini adalah pengalaman pertama saya dan lembu peliharaan saya ke pertandingan di luar daerah Langkawi. Puteh berumur empat tahun lebih adalah lembu jenis Charolais pernah mendapat tempat kedua semasa menyertai pertandingan di Langkawi.

“Puteh akan bertanding dalam kategori King Charolias dan saya berharap akan memperolehi kemenangan di pertandingan tersebut dan merasa teruja kerana dapat mewakili daerah Langkawi,” katanya semasa ditemui pihak media di acara penyerahan pasukan lembu sado Langkawi yang diadakan di hadapan Masjid Riyadusolihin Ayer Hangat, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda