
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

Ain, berkata LKAN bersifat telus kepada orang ramai.
KANGAR, 10 Jul (Malaysiaaktif) – Rakyat di negeri Perlis dilihat memberi reaksi positif terhadap Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 4 Julai lalu.
Menurut Lee Tong Heng, 44, dari Padang Besar, laporan audit tersebut mengemukakan kebenaran dan tidak berselindung.
“Namun, susulan selepas audit dilaksanakan, rakyat juga perlu tahu apakah langkah-langkah diambil bagi tidak mengulangi kelemahan atau permasalahan seperti yang dinyatakan dalam LKAN 2/2024,” katanya.

Chua Ah Aou dari Kampung Pauh.
Menurut Nurul Ain Shahirah, 27, laporan tersebut membuktikan kerajaan kini sentiasa telus dan mendedahkan perkara sebenar kepada seluruh masyarakat.
“Ia bersifat tidak pilih kasih dan sangat mementingkan masyarakat dengan menyebarkan kebenaran kepada rakyat,” kata Chua Ah Aou, 73, dari Kampung Pauh, Arau.
-ZS-