
Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Pejabat Belia Dan Sukan Bagan Datuk
RUNGKUP, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk kembali menganjurkan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Bagan Datuk.

Mohd Basharul Hafiz ketika ditemu bual di pejabatnya.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mohd Basharul Hafiz Saad, LSK dianjurkan secara serentak oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di seluruh negara dan di Bagan Datuk akan bemula pada 27 Julai.
“Setiap acara sukan akan dipertandingkan secara berpasukan dan yuran penyertaan setiap pasukan hanya RM30.
“Terdapat tiga acara sukan akan dipertandingkan dalam LSK iaitu bola tampar (wanita), sepak takraw (lelaki) dan ping pong,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, di sini kelmarin.

Mohd Basharul Hafiz (berdiri dua dari kiri) bersama Johan acara futsal LSK bagi edisi 2023.
Tambah beliau, hadiah wang tunai turut ditawarkan kepada setiap pemenang.
“Johan akan menerima RM500, Naib Johan RM300 dan tempat ketiga RM200.
“Semoga dengan penganjuran LSK ini akan melahirkan rakyat yang bersatu padu dan sihat bahkan melahirkan bakat-bakat baru dalam acara sukan yang dipertandingkan,” katanya.
-ZS-