
Laporan/foto: Mahadi Mustafa (Dungun)
DUNGUN, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Program Mahrajan Al-Quran dan Ihtifal Lughawi (MQSS) Peringkat Zon Sura yang disertai sembilan buah sekolah rendah di daerah ini di Sekolah Kebangsaan Sultan Omar, di sini kelmarin bertujuan untuk mencungkil bakat dan kebolehan pelajar dalam memperdengar dan menghafal bacaan al-Quran.

Qariah sedang memperdengarkan bacaan.
Peserta dari Sekolah Kebangsaan Bandar Dungun Madeeha Nur Nadhira Mahadi, 11, yang merangkul Johan Kategori Qariah, berkata pertandingan ini menguji tahap kualiti bacaan disamping meningkatkan daya saing positif bersama rakan-rakan peserta yang lain.
“Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan ini dan berharap mendapat tempat terbaik di peringkat seterusnya,” katanya ketika ditemu bual Malaysiaaktif.
Manakala Johan Kategori Qari pula menjadi milik pelajar Tahun Empat dari Sekolah Rendah Islam Al-Amin dan akan mewakili Zon Sura bersama-sama Johan Kategori Qariah ke peringkat seterusnya.

Guru dan pelajar yang hadir pada hari pertandingan.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Sultan Omar Nur Nizam Ramli mewakili Guru Besar.
-ZS-