Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Malam Minggu Lipis Kembali Ceria

By 15 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Mohd Salwadi

LIPIS, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Malam minggu di Bandar Lipis kini kembali ceria dan ‘hidup’ serta dipenuhi pelbagai aktiviti menarik di Zon Bebas Kenderaan atau nama rasminya Lipis Heritage Walk yang terletak di Jalan Besar Lipis.

Aktiviti seni yang boleh disaksikan oleh pengunjung

Zon Bebas Kenderaan ini merupakan inisiatif Majlis Daerah Lipis (MDL) dalam menyokong komitmen kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Pelepasan Gas Rumah Kaca Sifar Bersih 2050 dan Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan ini bermula pada 24 Februari 2024 telah menarik ramai pengunjung serta memberi kesan positif kepada peningkatan ekonomi peniaga kecil di sekitar kawasan tersebut.

Salah seorang peniaga yang ditemui Nor Fadzilah, 45, bersyukur kerana  aktiviti malam minggu di sini dapat meningkatkan hasil jualannya.

“Alhamdulillah dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MDL kerana telah berjaya menghidupkan kembali Bandar Lipis dan dalam masa yang sama memberikan nafas baharu kepada peniagaan saya,” ujarnya yang mengusahakan jualan makanan.

Selain itu, dengan penutupan sementara jalan raya bermula jam 7 malam hingga 12 tengah malam kepada semua jenis kenderaan, memberi peluang kepada pengunjung untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menaiki beca, skuter elektrik, berbasikal, menyaksikan persembahan seni dan lain-lain dalam keadaan selesa dan selamat.

Antara aktiviti santai yang boleh dilakukan oleh pengunjung

Seorang pengunjung Rosdi Ismail, 43 berkata, setiap malam minggu akan membawa anak untuk beriadah di sini dan berpandangan bahawa idea MDL ini adalah sangat baik dan sekaligus dapat mempromosikan Daerah Lipis yang kaya dengan pelbagai lokasi menarik dan bersejarah kepada orang ramai.

Selain daripada aktiviti riadah dan jualan, pihak MDL turut memberi ruang kepada mana-mana agensi kerajaan atau swasta serta pihak badan bukan kerajaan (NGO) untuk mempromosikan aktiviti malam minggu di Lipis Heritage Walk ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda