Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Muzium Bukit Besi Himpun Koleksi Khazanah Sejarah Perlombongan Bijih Besi Abad ke-20

By 24 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Shuhaimi Ahmad

DUNGUN, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Muzium Bukit Besi yang memaparkan sejarah perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara yang pernah beroperasi hampir 60 tahun bermula tahun 1916 semakin menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Sejak mulai dibuka kepada umum pada Oktober 2022, pelbagai pihak sama ada dalam atau luar negara telah berkunjung ke muzium ini dan sehingga kini telah mencatatkan kehadiran kira-kira 43,000 pengunjung,” ujar Penolong Kurator Syazwani Zakaria ketika ditemui, di sini kelmarin.

Wan Mohd Rosli memberi penerangan tentang sejarah perlombongan bijih besi.

“Antara bahan-bahan yang dipamerkan ialah peralatan makmal, foto, pelan, peta, alat perlombongan, keratan akhbar, batu bijih dan lain-lain,” katanya.

Menurut Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Daerah Dungun Wan Mohd Rosli Wan Ngah, di samping menyingkap sejarah aktiviti perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara pada abad ke-20 dahulu, galeri ini juga berperanan sebagai pusat ilmuan kepada pengunjung bagi mengetahui dengan jelas cara-cara pemprosesan bijih besi bermula kerja-kerja perlombongan hingga dieksport ke luar negara.

“Selain pengunjung dalam kalangan pensyarah universiti, penyelidik, pengkaji sejarah dan pelajar, lebih menarik galeri ini turut menjadi pilihan warga asing dari England, Amerika Syarikat, Australia dan Jepun yang pernah membesar dan menetap di Bukit Besi.

Pengunjung dapat mengetahui dengan lebih jelas cara-cara pemprosesan bijih besi bermula kerja-kerja perlombongan hingga dieksport ke luar negara.

“Kunjungan mereka ini sudah pasti mengembalikan nostalgia yang pernah ditinggalkan dan mengimbau kenangan ayah, ibu, datuk dan nenek mereka yang pernah menumpang hidup serta mencari rezeki di sini.

Antara momumen menarik untuk pengunjung mengimbau kembali sejarah perlombongan bijih besi ialah Stesen Crushing Plant, Stesen Opal, Stesen Kolam Renang, Stesen Simpan Bahan Letupan dan Stesen Chimney.

Untuk kemudahan pelawat yang berkunjung, Muzium Bukit Besi juga menempatkan kaunter tiket, pusat sumber, gerai cenderahati, kafe dan bilik tayangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda