
Laporan/ foto oleh: Azuraini Abd Majid/ PPD Port Dickson
PORT DICKSON, 24 Julai (Malaysiaaktif) – Bagai ombak yang membadai pantai, begitulah gambaran suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah, Chuah apabila konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 (KMJG2024) singgah sebagai lokasi kedua di Negeri Sembilan, semalam.

Yew Boon Lye ketika berucap merasmikan program
Kemeriahan jelas dilihat apabila ratusan pelajar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan begitu teruja menyambut ketibaan konvoi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chuah, Yew Boon Lye menyeru semua pihak untuk sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda taat setia dan sayangkan negara, Malaysia.
“Semangat cintakan negara perlu dipupuk sejak dari kecil lagi bagi mendidik mereka agar dapat menghayati erti sebuah kemerdekaan dan jasa pemimpin terdahulu yang memperjuangkan tanah air,” katanya.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tiga kaum dan juga tayangan video “Jiwa Merdeka”.
-AA-