Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pandangan dan Idea Belia Diberi Perhatian

By 24 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) menjadi medan terbaik dalam memperkasa pembangunan belia di Malaysia.

Ahmad Buhaini Buhamy Bu Naif, menyampaikan ucapan aluan dalam Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Kuala Selangor

Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Selangor, Ahmad Buhaini Buhamy Bu Naif berkata, MPBN bukan sahaja platform untuk pemimpin-pemimpin belia melontarkan pendapat, malah golongan belia ini perlu sentiasa cekap, pantas, kreatif, bijak dan berani dalam menghadapi apa jua cabaran memandangkan mereka menentukan kejayaan setiap agenda pembangunan negara pada masa hadapan.

“Persidangan ini adalah platform yang tepat kerana ia didengari oleh pihak jabatan dan agensi berkaitan secara langsung yang menjawab kepada cadangan ataupun komentar yang diutarakan,” katanya dalam Persidangan Majlis Perundingan Peringkat Kuala Selangor di Dewan Dato’ Penggawa Permatang Kuala Selangor, semalam.

Seramai 60 orang ahli majlis terlibat terdiri daripada Majlis Belia Daerah dan wakil-wakil agensi kerajaan dan sebanyak empat usul dibentangkan telah mendapat maklum balas jabatan serta agensi yang berkaitan.

Suasana ketika persidangan berlangsung

Turut berlangsung penyampaian Watikah Pelantikan Ahli MPBN Peringkat Daerah Kuala Selangor disampaikan oleh Pengerusi MPBN, Mohd Raiz Radzuan.

Agensi terlibat adalah Pejabat Penerangan Daerah Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Selangor, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Selangor dan PERKESO Tanjong Karang.

-AA-

Tinggalkan komen anda