Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pelajar SMK Methodist Beratur Panjang Rasai Pengalaman Mengundi

By 19 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist sangup beratur panjang untuk merasai sendiri situasi sebenar proses pengundian ketika pilihan raya menerusi Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) @ Kelab Malaysiaku, di sini semalam.

Edaran bahan penerbitan jabatan.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah SPS Farhani Ismail, program JIWA @ Kelab Malaysiaku merupakan inisiatif Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) mendekati pelajar dalam memberi penjelasan dan pemahaman berkaitan proses pilihanraya di Malaysia.

“Hari ini kita bawakan pegawai dari Pejabat Pilihan Raya Negeri membuat simulasi pilihan raya, agar pelajar dapat merasai situasi sebenar proses pengundian seperti berbaris mengikut saluran, pengesahan identiti, cara melipat kertas undian dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Sesi bergambar.

“Semoga pendedahan awal ini, pelajar memahami sistem demokrasi yang diamalkan dan dapat melahirkan pengundi yang celik demokrasi,matang dan bijak memilih dalam menentukan masa depan negara”, katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda