Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelekat KMJG 2024 ‘Singgah’ di R&R Temerloh

By 30 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoffirman/Sh. Nurrul

Peserta konvoi KMJG 2024 Negeri Pahang merakamkan kenangan sebelum berlepas ke lokasi seterusnya.

TEMRLOH, 30 Jul (Malaysiaaktif) – Pelekat Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 ‘singgah’ di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh (Arah Timur), Lebuhraya Pantai Timur sebelum meneruskan perjalanan ke Kampung Sekara, Chenor.

Pelekat KMJG ini ditampal di papan tanda yang disediakan khas untuk meletakkan pelekat ini.

Menurut salah seorang peniaga di sini, Mahfuzah Hassan, 34, berkata, papan tanda ini baru sahaja dibuat dan merupakan antara tarikan di hentian ini.

“Kebetulan konvoi KMJG ada singgah di sini jadi bolehlah pihak mereka meletakkan pelekat di sini tanda pernah hadir ke hentian ini,” katanya kelmarin.

Edaran Jalur Gemilang di Hentian Temerloh sempena KMJG 2024 Negeri Pahang.

Turut hadir meraikan kedatangan peserta konvoi ini Pegawai Daerah Temerloh Datuk Khairur Rizal Ramli, pegawai-pegawai kanan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan Majlis Perbandaran Temerloh.

Menurut wakil pengendali Lebuhraya Pantai Timur ANIH Berhad, Zaimawar Sah pihaknya amat berbesar hati apabila mengetahui Hentian R&R Temerloh (Arah Timur) akan menjadi lokasi persinggahan konvoi pada kali ini.

“Dengan kehadiran mereka ini serta aktiviti agihan Jalur Gemilang bagi setiap meja di hentian tadi, sudah pasti akan menyemarakkan semangat patriotik pengguna lebuh raya yang singgah di sini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda