Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Pelukis Cilik Pertahan Legasi Kaligrafi Cina

By 21 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sitti Jakiyah Abd. Rahim (Sabah)

KOTA KINABALU, 21 Jul (Malaysiaaktif) –

Menurut Guru Penyelaras kelab tersebut, Chong Shau Lun, 41, Kelab Kaligrafi Cina di sekolah ini telah lama ditubuhkan dan mendapat sambutan menggalakan dalam kalangan pelajar bermula dari Tahun Satu sehingga Tahun Enam.

Elza bersama rakan-rakan dan Guru Penyelaras Kelab Kaligrafi Cina SJKC St. Peter.

“Pelajar bukan sahaja dapat mempelajari seni kaligrafi Cina, malahan dengan adanya kelab ini ia dapat memupuk semangat perpaduan kerana ianya turut disertai oleh pelajar bukan berbangsa Cina.

“Terdapat ahli kelab yang telah menempah kejayaan di pelbagai peringkat dan pernah menyertai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa,” katanya ketika ditemui semasa program tersebut di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu di sini pada Sabtu.

Di antara pelajar yang pernah menempah nama pada peringkat kebangsaan adalah Elsa Eva Albert, 10, Johan Pertandingan Seni Kaligrafi Cina kategori tahap satu sempena Karnival Bahasa Cina 2023.

Menurut ibu Elsa, Jossie Utal, 42, pada mulanya, dia menghantar anaknya mengikuti aktiviti ini supaya dapat melakukan aktiviti yang sama bersama kakak dan abangnya, tetapi tidak menyangka dia mempunyai bakat dalam bidang ini.

Ezra sedang menyiapkan kaligrafi untuk pengunjung.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru pembimbing kerana tanpa mereka tidak mungkin anak saya mencapai kejayaan seperti hari ini,” ujarnya.

Seorang lagi ahli Kelab Kaligrafi SJKC St Peter, Ezra Yoel Javier Koresy, 12, berkata beliau mula menyertai kelab ini seawal umur lapan tahun.

“Pada mula menyertai kelab ini saya berasa takut kerana saya hanya mengikuti saudara saya yang telah lama bergiat aktif dalam seni kaligrafi tetapi akhirnya saya berminat untuk mengikuti dengan lebih lanjut,” katanya.

Harapan sama juga disuarakan ibunya Cathrine Emas, 37, agar anaknya sentiasa mempelajari dan memperbaiki tulisan kaligrafi bagi meningkatkan kemahirannya dalam bidang tersebut.

“Saya berharap agar Ezra terus maju dalam penulisan seni kaligrafi ini malah dapat memperbaiki tulisan dan memberi semangat kepada rakan yang lain untuk terus belajar bersama dalam seni ini bukan saja di peringkat sekolah tapi di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda