Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pemimpin Komuniti MADANI Berperanan Membantu Sebar Luas Dasar Kerajaan

By 1 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 1 Jul (Malaysiaaktif) – Pemimpin -pemimpin Komuniti MADANI di kawasan Parlimen Padang Besar boleh memainkan peranan untuk menyebarluaskan dasar dasar kerajaan dengan lebih berkesan kepada penduduk setempat.

Gan turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan Gan Ay Ling, berkata terdapat banyak perancangan atau bantuan yang telah dirangka di bawah kerajaan Madani untuk disampaikan kepada penduduk setempat yang berkelayakan.

“Saya juga berharap supaya penduduk kampung merujuk kepada pemimpin setempat sekiranya mereka berkelayakan untuk memohon bantuan di bawah eKasih, Sumbangan Tunai Rahmah dan beberapa bantuan lagi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya.

Sukaneka diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Program Jiwa Madani Parlimen Padang Besar di Kampung Wang Kelian, di sini kelmarin.

“Komuniti MADANI yang ada di kawasan Parlimen Padang Besar boleh digerakan secara terancang dan teratur demi memastikan segala dasar kerajaan sampai kepada masyarakat dan pada hari ini saya melihat semangat kesepakatan yang tinggi pada semua ahli komuniti,” katanya.

Terdahulu beliau bersama pemimpin masyakat menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga di kawasan tersebut.

Komuniti MADANI adalah badan sukarela pelbagai kaum yang diurus tadbir oleh Jabatan Penerangan untuk memupuk nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat selain membantu menyalurkan maklumat serta inisiatif kerajaan yang sahih dan pantas ke peringkat akar umbi secara berterusan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda