Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pemohon SejaTi MADANI Digesa Waspada Taktik Penipuan

By 4 Julai 2024Julai 10th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Azlizan Razaly (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Kumpulan komuniti yang membuat permohonan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) digesa agar sentiasa berwaspada dan tidak terperdaya dengan taktik penipuan atau ‘scam’ oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Penolong Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perak (ICU JPM) Haji Mohd Shukhairi Mohd Ibrahim, berkata wujud pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan dengan menggunakan nama SejaTi MADANI untuk memperdaya mangsa bagi mendapatkan keuntungan dengan cara yang salah.

Peserta berpeluang membuat pendaftaran akaun permohonan dengan bimbingan pegawai dari ICU JPM.

Peserta berpeluang membuat pendaftaran akaun permohonan dengan bimbingan pegawai dari ICU JPM.

“Saya ingin menegaskan bahawa Sekretariat SejaTi MADANI tidak pernah melantik pihak lain sebagai agen bagi menguruskan permohonan program ini dan permohonannya adalah percuma, tiada sebarang kos pemprosesan dikenakan.

“Selain itu, tiada sebarang pemberitahuan berhubung permohonan atau kelulusan dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau menerusi aplikasi WhatsApp’ mahupun Telegram,” tegasnya ketika menyampaikan taklimat kepada 54 buah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) daerah Hilir Perak, di sini kelmarin.

Haji Mohd Shukhairi (berdiri, kiri) ketika sesi taklimat.

Tambah Haji Mohd Shukhairi, terdapat pihak tertentu cuba menyebarkan maklumat yang tidak tepat berhubung SejaTi MADANI dengan menawarkan perkara yang tidak selari dengan pelaksanaan program malah ada juga cubaan pihak lain mengenakan caj bagi tujuan mengadakan kursus dan latihan dengan kos yang tinggi sedangkan kursus-kursus yang ditawarkan boleh diperolehi dari jabatan kerajaan secara percuma.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa dana SejaTi MADANI untuk negeri Perak masih banyak tersedia untuk dimohon dan setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak 272 permohonan daripada pemohon dari seluruh negeri.

Menurutnya lagi, sebarang panduan dan maklumat lanjut berkenaan SejaTi MADANI boleh didapati di laman sesawang https://sejatimadani.icu.gov.my atau boleh menghubungi Sekretariat Negeri Perak di talian 05-2407433/05-2407428.

-ZS-

Tinggalkan komen anda