Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pendedahan Awal kepada Pelajar Mengenali Sistem Demokrasi Negara Bantu Mereka Jalankan Tanggungjawab sebagai Pemilih Pertama Kali

By 11 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Kuching)

KUCHING, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Pendedahan awal kepada pelajar mengenali sistem demokrasi negara semasa Program Jiwa Madani@Kelab Malaysiaku di sini, semalam dilihat dapat membantu mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih pertama kali pada pilihan raya akan datang.

Roszilawati menyampaikan ucapan semasa Program Jiwa Madani@Kelab Malaysiaku di Dewan SMK St Thomas

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak, Roszilawati Nor Aziz berkata, program tersebut adalah bertujuan untuk memberi pendedahan agar pelajar lebih mengenali sistem demokrasi negara.

Salah seorang pelajar Tingkatan 6 di SMK St Thomas, Muhammad Husain Ali Sallehuddin 19 tahun berkata, pendedahan awal yang telah diberikan telah berjaya memberi pengalaman awal serta memudahkan mereka sebagai rakyat Malaysia yang akan menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai pemilih pada pilihan raya akan datang.

Sesi simulasi (lakonan) pemilihan secara fizikal bersama pelajar sebagai bayangan situasi sebenar hari mengundi semasa pilihan raya

“Program ini berjaya dalam memberi penerangan yang mendalam kepada saya serta rakan-rakan kerana mudah difahami melalui tayangan video, taklimat dan simulasi yang telah diadakan,” katanya.

Seramai 84 orang pelajar Tingkatan Enam SMK St. Thomas yang terdiri daripada ahli Kelab Malaysiaku dan gabungan ahli kelab-kelab lain telah menyertai Program Jiwa Madani@Kelab Malaysiaku anjuran JAPEN Sarawak bersama Kelab Malaysiaku SMK St. Thomas.

-AA-

Tinggalkan komen anda