Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penduduk Kampung Selabak Meriahkan Tayangan Istiadat Pertabalan

By 22 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Azlizan Razaly (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Hasrat Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk melihat sesi tayangan siaran secara langsung istiadat pertabalan dilaksanakan di kesemua 222 kawasan parlimen seluruh negara pada 20 Julai lalu disambut baik oleh penduduk setempat di Kampung Selabak, di sini kelmarin.

Ketua Komuniti MADANI Kampung Bahagia Rozimi Abdul Rahman, berkata sambutan dan sokongan daripada ahli komuniti dan penduduk sekitar dilihat begitu menggalakkan.

Antara pemenang pertandingan mewarna.

“Program hari ini menepati saranan Menteri Komunikasi dan pelaksanaannya seiring dengan objektif penubuhan Komuniti MADANI dalam mengeratkan perpaduan dan hubungan sesama masyarakat di samping menyebarkan maklumat penting berkenaan institusi diraja.

“Selain tayangan istiadat pertabalan, kita juga menganjurkan pertandingan mewarna kanak-kanak, taklimat berkenaan NADI dan inisiatif kerajaan MADANI serta menyediakan durian untuk dimakan secara percuma,” ujarnya ketika ditemui.

Sementara itu, Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Selabak Khairil Amar Norhan, berkata sambutan yang diberikan oleh orang ramai dari pelbagai peringkat umur sangat memberangsangkan.

Rozimi (dua dari kiri) dan Badrul Hisham (berkaca mata) tersenyum menunjukkan durian.

“Program kerjasama strategik melibatkan Jabatan Penerangan, Komuniti MADANI dan NADI ini amat baik dan diharapkan akan berterusan pada masa hadapan,” katanya.

Turut hadir Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong iaitu Badrul Hisham Badarudin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda