Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Penduduk Kampung Teluk Teruja Sahut Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang

By 31 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Azuraini Abd Majid

PORT DICKSON, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Teluk, Pasir Panjang, di sini bersemangat dan teruja dalam menyahut kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Penyerahan Jalur Gemilang sebagai simbolik Pelancaran Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Kampung Teluk.

Inisiatif kerajaan melalui Kementerian Komunikasi ini disahut sebaiknya oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Teluk dengan melancarkan kempen ini di peringkat kampung.

Seorang penduduk, Norsham, 56, berkata kempen ini patut diwar-warkan sebagai tanda patriotisme dan semangat cintakan negara rakyat Malaysia.

Menurut Norsham kempen ini patut diwar-warkan sebagai tanda patriotisme dan semangat cintakan negara rakyat Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi Datuk Haji Mohd Faizal Hj Ramli, berkata kempen ini sewajarnya mendapat sambutan oleh semua pihak terutamanya JPKK bagi menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

“Sebaiknya kita membeli Jalur Gemilang ini daripada mengharapkan pemberiannya secara percuma kerana ia adalah lambang kepada jati diri kita,” katanya ketika hadir dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) MADANI dan Pelancaran Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Kampung Teluk, di sini kelmarin.

Tinggalkan komen anda