
Laporan/foto: Wan Seman Wan Bedollah/Zainuddin Othman (Machang)
MACHANG, 20 Jul (MalaysiaAktif) – Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Iskandar yang telah berlangsung menggambarkan uniknya sistem raja berperlembagaan di Malaysia yang tidak terdapat di negara lain di seluruh dunia.

Ucapan oleh Tengku Ghazali bin T. Jusoh, Wakil Komuniti Parlimen Machang
Keunikan sistem beraja yang diamalkan dan hanya terdapat di Malaysia adalah berpandukan kepada prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem raja silih berganti dan sistem penggiliran bagi memilih YDPA sebagai ketua negara setiap 5 tahun sekali.
Menurut peserta program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani sempena Pertabalan YDPA Ke-17 yang diadakan di Pejabat Penerangan Daerah Machang pagi tadi, Mohd Zainuddin Abdullah@Muhammad, 30, sistem beraja yang diamalkan di negara ini akan menyegarkan nilai warisan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Zainuddin Abdullah@Muhammad, 30, peserta Komuniti Madani Sungai Hala
“Sistem beraja merupakan payung negara, pemangkin keutuhan negara dan lambang taat setia serta perpaduan rakyat berbilang kaum,” ujarnya.
Program JIWA Madani ini diadakan khas sempena pertabalan YDPA Ke-17 dan dihadiri oleh ketua serta ahli jawatakuasa Komuniti Madani Parlimen Machang.
-AA-