Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pengurusan Emosi dan Kesihatan Mental Wanita Penting Memastikan Keharmonian Institusi Kekeluargaan

By 15 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Pengurusan emosi dan kesihatan mental wanita amat penting bagi memastikan keharmonian institusi kekeluargaan di negara kita.

Para peserta memberi perhatian dalam sesi taklimat.

“Pengurusan emosi sangat penting bagi kaum wanita masa kini memandangkan kebanyakan wanita kini bekerjaya dan pada masa yang sama perlu menguruskan keluarga.

“Mental yang ‘stress’ (tekanan) juga menjadi penyebab wujudnya beberapa penyakit lain seperti penyakit tiga serangkai dan kandungan kolestrol tinggi dalam darah,” jelasnya.

Pegawai Psikologi, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kedah Badrizawati Mohamad Zaki, berkata demikian dalam ceramah bertajuk ‘Pengurusan Emosi dan Kesihatan Mental Wanita’ di hadapan 50 orang ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) daerah Pendang, di sini hari ini.

Badrizawati (duduk, tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama para peserta program.

Badrizawati turut memberikan penerangan tentang tanda-tanda seseorang berada dalam keadaan tekanan serta kaedah dan senaman ringkas untuk meredakan ketegangan yang dihadapi.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda