Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Penyertaan Kelab Permotoran Suzuki V-Strom Owner Kelab Malaysia Dalam KMJG 2024 Dipuji

By 26 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/CMS JaPen Johor

PONTIAN, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Penyertaan Kelab Suzuki V-Strom Owner Kelab Malaysia (SVCOM) dalam Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Negeri Johor memeriahkan sambutan bulan kebangsaan tahun ini.

Penyertaan Kelab Permotoran Suzuki V-Strom Owner Kelab Malaysia dalam KMJG 2024 dipuji

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup Datuk Jefridin Atan berkata, kelab permotoran tersebut bersama Konvoi KMJG kali ini dapat membantu menarik minat golongan muda menyemai semangat cintakan negara.

“Ia juga akan menjadi contoh kepada kelab-kelab permotoran yang lain untuk turut serta membantu pihak kerajaan dalam menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan anak muda,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam meraikan peserta KMJG 2024 di Kukup Golf Resort disini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup Datuk Jefridin Atan (tengah) mencuba motorsikal berkuasa tinggi Suzuki V-Strom

Jefridin berkata, konvoi merdeka bermotor seperti ini bukan sahaja menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang permotoran berkuasa tinggi bahkan golongan dari pelbagai peringkat usia.

Turut hadir, Ketua Konvoi KMJG 2024 Johor merangkap Pengarah Penerangan Johor, Shamsul Hisham Mansor dan Presiden Kelab Suzuki V-Strom Owner Kelab Malaysia, Mohamad Zaidi Yahaya.

-AA-

Tinggalkan komen anda