Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Perdana Menteri Seru Teroka Teknologi Baharu Tenaga Solar

By 11 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief/Jabatan Penerangan

MARANG, 11 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru institusi sains negara dan semua pusat penyelidikan bekerjasama dengan universiti tenaga pengajar untuk mendalami teknologi tenaga baharu bersama dengan sektor swasta dalam bidang penyelidikan dan penelitian bidang tenaga solar.

“Menggapai langit atau meneroka alam pemikiran baharu dengan mengadakan penyelidikan baharu demi memastikan anak-anak muda kita boleh dilatih.

Anwar menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis peluncuran Loji Janakuasa Solar 100MM Cypark, Merchang.

“Sebagai contoh sekiranya di Marang terdapat kelas TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) yang berhampiran dengan Cypark Merchang, saya syorkan kepakaran tenaga suria dari Cypark untuk melatih anak-anak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Peluncuran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark, di sini kelmarin.

Loji Tenaga Hibrid Merchang di bawah kendalian Cypark Resources Berhad merupakan satu projek inovatif pemasangan solar hibrid terbesar di Malaysia.

Anwar turut beramah mesra bersama pengunjung.

Pada majlis yang sama, Anwar turut merasmikan peluncuran Loji Janakuasa Solar 100 MW (35 MW solar terapung dan 65MW di atas tanah) dan menyaksikan sesi pertukaran dokumen Perjanjian Persefahaman (MOU) melibatkan Cypark Resources Berhad, TNB Genco dan Terengganu Inc.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Samsuri Mokhtar, Pengerusi Eksekutif Cypark Resources Berhad Datuk Hamidah Moris dan pemimpin-pemimpin negeri yang lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda