Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Persembahan Kebudayaan Serikan Sambutan Konvoi KMJG

By 31 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farah Shaherza Aimi/Sh. Nurrul (Kuantan)

KUANTAN, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Persembahan kebudayaan menyerikan lagi sambutan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Negeri Pahang yang memasuki hari terakhir, Isnin lalu.

Persembahan dikir barat dari Kumpulan Anak-Anak Seni Kreatif Cherating.

Menurut Pengurus Pengurus Kumpulan Anak-Anak Seni Kreatif Cheating Cikgu Mohd Zaki Ngah, 70, persembahan kebudayaan ini perlu terus dipertahankan oleh generasi muda dan terus diminati sebagai seni warisan bangsa.

“Saya juga menggalakkan anak-anak didik saya untuk menyertai program bersifat kenegaraan seperti ini untuk memupuk semangat patriotik dan cintakan tanah air,” katanya ketika ditemui semasa program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuantan.

Antara persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh anak-anak didik beliau adalah tarian dan dikir barat yang dianggotai oleh kaum wanita.

Diana Ismail menyampaikan bendera kepada jabatan dan agensi kerajaan serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Daerah Kuantan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh wakil rasmi Pegawai Daerah Kuantan Diana Ismail.

“Program yang dirancang ini tidak lain tidak bukan adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriorisme dalam program berunsurkan cintakan negara,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda