Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pertandingan Kacau Bubur Asyura Komuniti MADANI DUN Gurun Meriah

By 27 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdul Wahab/Mohd Fathi Yakan Ahmad Fukrazi

YAN, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Pertandingan Kacau Bubur Asyura Komuniti MADANI DUN Gurun berlangsung dengan meriah dengan tujuh penyertaan melibatkan ketiga-tiga komuniti di bawah DUN Gurun dan tiga penyertaan dari penduduk di kawasan berhampiran telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jeniang Pusat, hari ini.

Ucapan aluan oleh Ketua Komuniti Jeniang

Pertandingan ini adalah bertujuan memupuk semangat muhibah dan memperkukuh silaturahim di kalangan penduduk setempat.

Menurut Sairi Abdul Halim yang juga Ketua Komuniti Jeniang selaku tuan rumah berkata, acara seumpama ini menekankan semangat berpasukan dan juga kreativiti setiap kumpulan dalam penyediaan bubur asyura dengan variasi resepi yang tersendiri.

Sebahagian para peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan

Selain itu, program ini juga mampu memperkukuh ikatan silaturahim antara penduduk setempat disamping memelihara tradisi budaya agar tidak dilupakan.

Tambahnya lagi bagi menambah keceriaan dan menarik pengunjung untuk hadir ke program ini, turut diadakan Pertandingan Masterchef Junior yang terbuka kepada kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.

-AA-

Tinggalkan komen anda