Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Pertandingan Memancing Puyu di Karnival Kita MADANI dapat Sambutan Luar Biasa

By 15 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saipul Nizam Ibrahim/Mohd Zahid Othman (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Pertandingan memancing puyu bersempena Karnival Kita MADANI Negeri Johor 2024 di Kampung Parit Jawa, di sini kelmarin telah mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk setempat.

Karnival tersebut telah berjaya menarik lebih 450 orang pengunjung dan 204 orang peserta yang dianggarkan sepanjang satu kilometer telah berjaya didaftarkan khususnya bagi acara memancing puyu, manakala sebanyak 150 ekor ikan puyu telah berjaya dinaikkan sepanjang pertandingan yang bermula dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang.

Menurut seorang pengunjung Muhamad Nurazim Abdullah, 27, karnival sebegini julung-julung kali diadakan di kampung tersebut.

“Malah program yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah antara penduduk kampung dan orang luar,” katanya

Menurut Rohana Arsad, 50, kemeriahan Karnival Kita MADANI merupakan satu program yang dapat membuka rezeki bagi penduduk setempat.

“Perniagaan makanan serta produk kampung secara tidak langsung dapat mempromosikan kampung ini kepada pihak luar,” katanya.

Program anjuran Jabatan Penerangan Negeri Johor itu menyediakan hadiah paling istimewa, seekor kambing di tempat kelapan daripada keseluruhan 38 hadiah yang ditawarkan.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Johor Saiful Hisham Mansor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda