Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pesta Batang Ai Lubok Antu 2024 Mampu Meningkatkan Ekonomi Masyarakat Tempatan

By 15 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aileen Madeh Nension/Nyempal Inggang (Sarawak)

LUBUK ANTU, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Pesta Batang Ai Lubok Antu 2024 yang pertama kali dianjurkan dilihat mampu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat tempatan.

Salah seorang penduduk tempatan Hafsah Abdullah,61 tahun yang berasal dari Engkelili, di sini, berkata penganjuran pesta tersebut sangat baik terutama dalam membantu menambah pendapatan penduduk setempat.

Menurut Ernawati penganjuran pesta tersebut turut membantu sektor pelancongan tempatan di daerah Batang Ai.

Pendapat serupa diluahkan Ernawati Bahmur, 67, yang berasal dari Kuching tetapi datang untuk berniaga sepanjang pesta tersebut diadakan.

“Penganjuran pesta ini turut membantu sektor pelancongan tempatan.

“Saya berharap pesta ini dianjurkan lagi pada masa akan datang,” katanya kelmarin.

Sebanyak 15-20 tapak jualan telah dibuka sepanjang pesta berlangsung dari 24 -30 Jun lalu.

Antara gerai jualan yang dibuka sepanjang pesta tersebut.

Pelbagai akiviti menarik telah diadakan bagi menarik perhatian pengunjung seperti sukan rakyat, pesta makanan, aktiviti kebudayaan masyarakat Iban iaitu ‘Ngiling Tikai’ dan ‘Niti Daun’, pertandingan memancing serta pertandingan tarik tali.

Lubok Antu merupakan salah sebuah daerah yang terletak di dalam bahagian Sri Aman dan lokasinya adalah terletak berhampiran sempadan Sarawak-Indonesia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda