
Laporan/foto: Yusoffirman/Pejabat Pertanian Temerloh
TEMERLOH, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Buah durian daripada pokok berusia lebih 35 tahun muncul juara di Pertandingan Durian Kampung Premium Peringkat Daerah Temerloh.

Taklimat dan pameran berkaitan kerosakan durian dan penyebabnya.
Pemilik durian Azhar Ahmad, 46, berkata bentuk buah dan rasanya yang lemak manis melayakkan beliau memenangi pertandingan ini.
“Pokok durian ini sudah berusia lebih daripada 35 tahun dan saya tidak menyangka durian dari kebun saya menjadi juara,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Aktif semalam.
Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan lagi acara dan sambutan Hari Durian Daerah Temerloh.

Pertandingan makan durian.
Antaranya pertandingan Durian Kampung Premium, Pertandingan Makan Durian, kursus berkaitan potensi tanaman durian, taklimat berkaitan pengurusan perosak dan penyakit tanaman durian dan demo masakan serawa durian.
Hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada petani kecil daerah Temerloh hadir memeriahkan sambutan ini yang memberi impak besar dengan pelbagai faedah kepada semua petani durian serta penggemar durian kampung.
-ZS-