
Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid (Pengkalan Hulu)
PENGKALAN HULU, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Usaha menghijaukan bandar dengan penanaman pokok perlu bagi mewujudkan persekitaran mampan dan landskap yang menarik bagi sesebuah bandar.
Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) dengan penyertaan agensi kerajaan di daerah ini telah melaksanakan Progran Hijauan D’Pengkalan Hulu yang bertujuan memberi kesedaran berkenaan perkara tersebut.

Mohd Nasir Pilus ketika ditemu bual.
Yang Dipertua MDPH Meor Shahibul Fadilah Zainuddin, berkata program ini merupakan usaha kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang mampan dan hijau di setiap kawasan di bawah kelolaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara.
“Kelestarian kawasan bandar dengan landskap yang lebih hijau dan menarik memberi keselesaan kepada semua malah pihak kementerian telah menyediakan sejumlah peruntukan untuk tujuan ini,” ujarnya ketika berucap merasmikan program di Mini Stadium, di sini kelmarin.

Keseluruhan peserta program.
Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Pengkalan Hulu Mohd Nasir Pilus, 57, berpendapat program sebegini membantu dalam membina kerjasama antara agensi kerajaan dan PBT bagi tujuan melestarikan kawasan bandar.
“Penyertaan daripada agensi kerajaan penting bagi memberi imej positif terhadap usaha kerajaan di bawah KPKT untuk menjayakan program sebegini,” ujarnya.
Sebanyak 46 pokok landskap ditanam di sekitar kawasan Pekan Pengkalan Hulu yang disertai peserta dalam kalangan kakitangan agensi kerajaan di daerah ini.
-ZS-