Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program JIWA Komuniti Madani DUN Derga Disambut Meriah

By 27 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

ALOR SETAR, 27 Jul (Malaysiaaktif) – Program JIWA Komuniti Madani Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena hari ini disambut meriah oleh penduduk sekitar Taman PKNK.

Ketua Komuniti Jalan Tun Razak – Jalan Stadium, Zamani Hanafi, 62, berkata sebagai tuan rumah untuk Program Jiwa Komuniti MADANI Peringkat DUN Derga tahun ini, beliau teruja dapat bersama-sama dengan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat dan informasi kerajaaan terus kepada masyarakat setempat.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Haji Mahfuz Omar, 66, berkata inisiatif kerajaan menyalurkan bantuan subsidi diesel bersasar menerusi BUDI Madani dilihat membantu meringankan beban ditanggung rakyat.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut memberikan informasi tentang kemudahan yang disediakan seperti tawaran kursus kelas Canva.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, perkhidmatan mencuci barang kemas secara percuma oleh Bank Rakyat, Program jJualan Rahmah oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan sebagainya.

“Saya teruja dapat hadir ke Program Jualan Rahmah yang hanya di hadapan rumah.

“Jualan seperti ini dapat membantu rakyat yang sentiasa terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi,” kata suri rumah, Takiah Daud, 65.

-ZS-

Tinggalkan komen anda