Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen Pokok Sena Disambut Meriah

By 31 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

POKOK SENA, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Program JIWA Komuniti Madani Peringkat Parlimen Pokok Sena anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena disambut meriah oleh penduduk sekitar Kampung Bukit.

Ucapan perasmian oleh Penolong Pengarah, Jabatan Penerangan Negeri Kedah

Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Mohamad Nabil Abdul Halim berkata, program seperti ini dapat mengeratkan komuniti dalam Parlimen Pokok Sena dan kerajaan dalam menyampaikan informasi terus kepada masyarakat setempat.

Beliau seterusnya merasmikan Program JIWA Komuniti Madani Peringkat Parlimen Pokok Sena.

Pengunjung yang hadir

Pengunjung turut berpeluang mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan agensi terlibat termasuk  taklimat oleh KWSP, Nadi dan PDRM selain mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, pertandingan mewarna, sukaneka serta mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma dan jualan rahmah.

-AA-

Tinggalkan komen anda