Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Program Madani Afiat Peringkat Negeri Sembilan dan Jelajah ANMS Peringkat Daerah Rembau 2024

By 27 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorul Arizah Md Razani/Malini Md Yunos (Rembau)

REMBAU, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Program MADANI Afiat Peringkat Negeri Sembilan dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Rembau 2024 telah berlangsung selama dua hari dari 26 hingga 27 Julai 2024.

YBM Kesihatan sedang berucap merasmikan program

Majlis perasmian telah disempurnakan di Dewan Agora, Rembau, Negeri Sembilan oleh Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, hari ini.

Beliau juga turut menyempurnakan pelepasan  berjalan 10,000 langkah oleh peserta KUDAH (Kutip Sampah dan Riadah) dan pasukan mobilisasi ke komuniti.

Program yang meriah ini turut dihadiri oleh YB Hajah Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, YB Dato’ MK Ibrahim Abd Rahman, YDP Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KKM ,YB Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Dato’ Dr. Harlina Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan.

Orang ramai mencuba aktiviti di Wellness Hub

Inisiatif program MADANI Afiat adalah pendekatan kerajaan untuk membawa khidmat Kementerian Kesihatan Malaysia kepada komuniti secara terus dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tahap kesihatan rakyat Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk orang ramai antaranya ceramah pergigian, saringan kesihatan, Zon Aktif, jualan dan aktiviti sukan.

Menurut salah seorang pengunjung, Rosmah Ali, 42, dengan perlaksanaan program sebegini dapat membawa penerangan ke peringkat akar umbi supaya komuniti dapat diberikan pencerahan secara lebih dekat tentang Program MADANI Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

-AA-

Tinggalkan komen anda