
Laporan/foto: Siti Fairuz Ngatenan/Mira Faizura Narawi (Sarawak)
KUCHING, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 16 orang peserta telah menyertai Program Upaya Bakat: Kursus Penghasilan Kek Lapis anjuran Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Santubong di Masjid Darul Islam, Kampung Bintawa Hilir pada 20 Julai lalu sehinga semalam.

Peserta sedang menyiapkan kek lapis.
Penyelaras Kursus yang juga pensyarah Kolej Komuniti Santubong, Mira Faizura Narawi menjelaskan, Program Upaya Bakat tersebut merupakan program tahunan percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada rakyat melalui Kolej Komuniti untuk menghasilkan usahawan sekali gus berharap dapat meningkatkan pendapatan isi rumah.
“Sepanjang dua hari ini peserta kursus telah diajar teknik dan kaedah yang betul dalam penghasilan kek lapis oleh pakar yang berpengalaman yang juga merupakan pemilik perniagaan Diwannie Kek Lapis iaitu Zoraidah Leen,” katanya semalam.

Peserta bergambar kenangan bersama tenaga pengajar Zoraidah (tengah).
Kursus penghasilan kek lapis kali ini telah dijalankan dengan dengan kerjasama Jawatankuasa Kampung Bintawa Hilir bagi memberi peluang penduduk kampung yang berminat untuk mempelajari teknik pembuatan kek lapis tradisional Sarawak iaitu kek lapis sisik ikan dan kek lapis roll.
-ZS-