
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/PSA
SHAH ALAM, 16 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 23 orang pelajar serta tujuh orang pensyarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berlepas ke China bagi menyertai Program ‘Malaysia China Youth TVET Training’ (MCYTT).
Menurut Pengarah PSA Zainah Rujihan program latihan selama 12 hari itu bermula 16 Julai di Kolej Teknikal Vokasional Perdagangan Industri dan Jiangxi.

Sesi taklimat dan majlis pembukaan program MCYTT di Kolej Teknikal Vokasional Perdagangan Industri dan Jiangxi.
“Tujuannya meningkatkan kemahiran dan pengalaman penggunaan teknologi di institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di China.
“Ia berkaitan dalam bidang ‘Internet of Things (IOT) Application Technology’ di samping memberi pendedahan pengalaman mobiliti antarabangsa kepada para peserta,” katanya.
Beliau, berkata semua peserta teruja serta berhasrat ingin menimba sebanyak mungkin ilmu dan teknologi yang diaplikasikan di China.
“Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dalam pelbagai bidang TVET lain yang berkaitan bagi meningkatkan kemahiran dan kompetensi pelajar serta pensyarah,” ujarnya.

Zainah dan Ts. Norazlina hadir memberi sokongan sebelum para peserta berlepas ke China.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri sesi pelepasan para peserta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.
Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata China menawarkan lebih 5,000 peluang latihan dalam bidang TVET di republik tersebut.
Ia hasil perjanjian persefahaman yang dimeterai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Belia Mahir dan Tang (M) International Education Group bersama Beifang Automotive Education Group (Beifang) serta Tang International Education Group.
-ZS-