
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Jabatan Penerangan
GOMBAK, 23 Jul (Malaysiaaktif) – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Hospital Orang Asli Gombak (HOAG), di sini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah bersempena Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Baginda berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada HOAG yang diterima Pengarahnya, Dr. Izandis Mohamad Sayed.
Baginda yang tiba pukul 9.00 pagi disambut isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkely Ahmad.
Turut hadir, Menteri Komunikasi merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-acara Istiadat Pertabalan Ahmad Fahmi Fadzil dan isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad.
Raja Permaisuri Agong berkenan menziarahi pesakit di wad kanak-kanak dan wad bersalin serta mengurniakan sumbangan peribadi kepada semua pesakit.
Baginda juga berkenan mengurniakan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada HOAG yang diterima Pengarahnya, Dr. Izandis Mohamad Sayed.

Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan menyaksikan persembahan kebudayaan Tarian Jo’oh.
Dr. Dzulkefly ketika sembah ucapan memaklumkan HOAG merupakan Hospital Tanpa Pakar dengan kapasiti 61 katil meliputi perkhidmatan seperti Perubatan, Kesihatan Awam, Pergigian dan Farmasi.
“Dibina sebagai ‘Rumah Sakit Orang Asli’ pada tahun 1960 khusus untuk masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia, ia telah bertukar nama kepada Hospital Orang Asli pada tahun 1972.
“Sebuah Pusat Transit dengan 16 bilik penginapan untuk pengiring dan ahli keluarga pesakit juga mula beroperasi pada tahun 2005 bagi meneruskan polisi family admission yang dirintis oleh Dr. J. Malcolm Bolton sebelumnya,” katanya.
-ZS-