Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Rakan Nasihat Komuniti Lapangan Berperanan Didik Masyarakat Tidak Merokok di Kawasan Larangan Merokok

By 15 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah (Kangar)

Barisan PEMADAM Kebangsaan bersama PEMADAM Perlis dan KKM

KANGAR, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan Malaysia bersama PEMADAM Kebangsaan dan PEMADAM Negeri Perlis telah mengadakan Kursus Asas Rakan Nasihat Komuniti Lapangan (RNKL) bertempat di Dewan Kulliyah MAIPS, semalam.

Antara pengisian Kursus Asas Rakan Nasihat Komuniti Lapangan kepada peserta adalah Taklimat Rakan Nasihat Komuniti Lapangan dan juga Latihan Rakan Nasihat Komuniti.

Menurut Dr. Muaz Sayuti, Ketua Penolong Pengarah Sektor Kawalan Tembakau & Urus Setia FCTC Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peranan Rakan Nasihat adalah untuk melindungi masyarakat yang menjadi perokok pasif (menghidu asap rokok daripada perokok).

“Peranan Rakan Nasihat Komuniti Lapangan selepas ini bersama KKM mendidik masyarakat untuk tidak merokok di kawasan larangan merokok”.

Muaz menyatakan punca kuasa Undang-Undang tersebut adalah di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PKHT 2004).

“Rakan Komuniti ini berperanan membantu KKM untuk memberi kesedaran dan menasihati kepada perokok yang merokok di kawasan larangan merokok bagi melindungi golongan yang tidak merokok,” katanya.

Dr Muaz ketika menyampaikan ceramah

Muaz juga memberikan penerangan berkenaan peranan-peranan yang sedang dan akan dilaksana oleh kerajaan yang bertujuan melindungi masyarakat daripada bahaya merokok.

Peserta-peserta kursus pada hari ini adalah terdiri dari wakil-wakil agensi dan badan bukan kerajaan seperti UniMAP, wakil Majlis Perbandaran Tempatan dan ahli-ahli PEMADAM bagi parlimen Kangar, Arau dan Padang Besar.

Turut hadir Dr. Noraryana Hassan Timbalan Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM dan YB Megat Hashirat Hassan, Pengerusi PEMADAM Daerah Arau, Jawatankuasa Penyelaras PEMADAM Negeri Perlis.

-AA-

Tinggalkan komen anda