Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Rakyat Diseru Beradab Layari Media Sosial

By 21 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Jabatan Penerangan Malaysia

CYBERJAYA, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga adab ketika melayari media sosial.

Katanya, perkara tersebut penting selaras titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib sehingga mewujudkan perpecahan dan persengketaan.

Para hadirin mengibarkan Jalur Gemilang di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan di Cyberjaya oleh perdana menteri hari ini

“Baginda mengingatkan rakyat jelata agar tidak bersikap keterlaluan, terutama dalam isu berkaitan kaum dan agama.

“Sesungguhnya, perpecahan tidak akan memenangkan sesiapa,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di sini hari ini.

Menurutnya, kes buli siber semakin berleluasa ketika ini yang dianggap menakutkan berbanding buli fizikal.

“Kerajaan memandang serius perkara ini dan telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini.

“Jawatankuasa tersebut melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda