
Laporan/foto: Rahman Ishak/Facebook Merdeka360
PUTRAJAYA, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Rakyat Malaysia digesa mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman dan pejabat masing-masing untuk mengangkat semangat kemerdekaan negara.
“Seluruh negeri-negeri di Semenanjung dari Perlis sampai ke Johor, Sabah dan Sarawak, pastikan tidak ada yang ketinggalan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
“Jadi pastikan kita jadikan tahun ini sebagai tahun yang mempamerkan kemegahan rakyat dan negara kita,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024, di Cyber Event Hall Cyberjaya, dekat sini hari ini.
Katanya lagi, semua pihak termasuk pihak swasta perlu menunjukkan dokongan untuk bersama dengan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang.
“Ini bukan isu kaum, parti, kedudukan atau pekerjaan, ini soal jati diri, maruah, harga diri. Ini satu negara bila merdeka kibaran bendera meluas di seluruh negara, dipasang di setiap gerai warung dan rumah dan pondok, setiap sekolah, masjid, kuil, gereja dan setiap jabatan,” katanya.
-RI