Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Rakyat Perlis Beri Kerjasama Jayakan Banci Pertanian 2024

By 14 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/DOSM Perlis

KANGAR, 14 Jul (Malaysiaaktif) – Operasi Banci Pertanian 2024 di negeri Perlis telah memasuki hari ke-8.

Para pembanci daripada DOSM Perlis terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab walaupun berhadapan cabaran keadaan cuaca yang tidak menentu.

Perusahaan akuakultur turut dibanci

Banci Pertanian 2024 yang telah mula dilaksanakan 7 Julai akan diteruskan sehingga Oktober 2024 merangkumi beberapa subsektor pertanian iaitu tanaman, ternakan, perikanan serta akuakultur, perhutanan dan juga pembalakan.

Semalam, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Perlis telah genap seminggu membuat banci rumah ke rumah dan dijangka akan membuat Bancian Pertanian melibatkan 14,800 kediaman di negeri Perlis.

Operasi banci akan dijalankan secara manual iaitu menggunakan borang dan secara temu bual bagi memperolehi data-data yang diperlukan yang mana data tersebut akan diguna pakai oleh kerajaan dalam merangka perancangan bagi negara kelak.

Herba atau tanaman ulam selom turut dibanci

Antara perusahaan pertanian yang dibanci sehingga hari ini adalah merangkumi aktiviti seperti penanaman padi, penanaman getah, penanaman geharu, penanaman harum manis, selom, nipah, ternakan lembu, ternakan ikan gapi, ternakan udang galah dan pelbagai lagi aktiviti pertanian.

-AA-

Tinggalkan komen anda