
Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Al Aminur Rasyid Al Zulkeply (Kota Bharu)
KOTA BHARU, 20 Jul (Malaysiaaktif) – “Saya sangat teruja menyaksikan majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 secara lintas langsung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Buluh Kubu pagi ini.

Beberapa wakil Komuniti Madani hadir menyaksikan lintas langsung Majlis Istiadat Pertabalan YDPA Ke-17
“Kita harus memahami bahawa kesetiaan kepada raja dan negara bukanlah satu paksaan, tetapi ia adalah tanggungjawab dan kewajipan kita sebagai warganegara,” itu gambaran perasaan seorang pesara guru, Wan Azman Wan Abdul Aziz yang melihat pemerintahan baginda yang bersifat tegas.
Tambahnya, beliau yakin Seri Paduka Baginda dapat melaksanakan tanggungjawab dan memerintah negara dengan bijaksana, adil dan saksama selaras dengan Perlembagaan Malaysia.

Edaran bahan penerbitan Jabatan Penerangan kepada tetamu yang hadir
Pengerusi Komuniti Madani, Mohd Syazwan Mohd Nadery, 43, berkata, sangat bertuah dapat menyaksikan upacara pertabalan ini yang hanya berlaku lima tahun sekali dan ia adalah peristiwa bersejarah yang tidak harus dilepaskan. Beliau turut berasa bangga kerana kali ini dapat menonton bersama-sama rakan Komuniti Madani Kebun Sultan secara dalam talian.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia kita perlu tahu sejarah penting demi mengukuhkan kesetiaan rakyat kepada sistem yang telah lama diamalkan iaitu sistem Raja Berperlembagaan.
-AA-