
Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Pasir Mas)
PASIR MAS, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Keperluan kemahiran tenaga kerja yang berubah menyebabkan majikan mula menilai kebolehpasaran graduan berdasarkan kemahiran serta pengalaman dan tidak hanya kelayakan akademik sahaja.
Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang mengikuti program TVET dilihat mudah mendapatkan pekerjaan selepas tamat belajar berikutan pendidikan dan latihan teknikal yang menjurus kearah pembangunan.

Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dan merasmikan Karnival Kerjaya Dan Sukan Anak Mudah Madani 1.0
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata kewujudan TVET bertujuan melahirkan belia-belia yang berkemahiran tinggi selaras dengan kemajuan negara.
“Kursus-kursus yang diperkenalkan berbentuk membentuk generasi yang berkemahiran tinggi sebagaimana negara inginkan,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan lbrahim Satu(1) Pasir Mas, di sini, kelmarin.
“Menerusi program TVET, pengangguran akan dapat diturunkan apabila graduan lepasan TVET mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk mendapat pekerjaan,” ujarnya.
Pengerusi program, Haji Asroy Azmi berkata, pelbagai program dibuat untuk anak muda mendapat pendedahan dengan pelbagai maklumat terutama peluang pekerjaan.
“Kita menyambut baik langkah kerajaan yang mengadakan aktiviti dan program untuk para belia termasuk temuduga pekerjaan,” kata Pengerusi Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Pasir Mas.

Mewakili golongan muda yang hadir di karnival tersebut, Arisa Syazwina Abdul Muheet (kiri) dan Fia Damia Batrisya Mohd Faizal
Arisa Syazwina Abdul Muheet, 15, belia dari Kampung Lati Pasir Mas berkata, para belia terutama lepasan sekolah digalakkan untuk mengikuti program TVET bagi menambah ilmu latihan kemahiran sebelum menceburi bidang pekerjaan.
Program ini dihadiri lebih dari 2500 orang yang terdiri dari ketua-ketua jabatan, para pemimpin belia, agensi bukan kerajaan (NGO) dan pelajar sekolah.
Turut hadir Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaacob dan ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
-AA-