Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

RELA Setia Berbakti

By 4 Julai 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/RELA

Ucapan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

MELAKA, 4 Jul (Malaysiaaktif) – Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) merupakan antara pasukan yang berperanan penting dalam menjayakan konsep Malaysia MADANI khususnya dalam aspek kesejahteraan dan ihsan.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, RELA telah berjaya melahirkan pegawai berkepakaran bagi meningkatkan kebolehan pegawai dan anggota dalam pelbagai bidang.

“Selaras dengan slogan ‘Setia Berbakti’, RELA berperanan penting membantu agensi sahabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) memelihara keselamatan setempat dan kedaulatan negara dengan kekuatan anggota seramai hampir 150 ribu orang.

Dr. Shamsul bersama Ketua Pengarah RELA Datuk Yahya Sulaiman bergambar bersama anggota RELA.

“RELA memberikan fokus kepada pelbagai penugasan seperti kawalan sempadan, rondaan komuniti, kawalan perimeter dan penugasan runcit (‘one-off’),” katanya.

Dr. Shamsul Anuar Nasarah, berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-52 penubuhan RELA di Akademi Latihan RELA (ALARM) Sungai Udang, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda